Friday 16 March 2012

LINUS @ NKRA


PENGENALAN LINUS.
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)
telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan
untuk menguasai aras literasi dan numerasi kecuali
murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah sebelum berakhir tahun 2012
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diwujudkan
untuk menangani masalah murid yang berkeupayaan
tetapi masih belum menguasai literasi dan numerasi.

Prinsip-prinsip Pengajaran
1. Ansur maju
2. Didik hibur
3. Pengulangan kosa kata
4. Latihan dari mudah ke susah
5. Latihan interaktif
6. Belajar sambil bermain.

Literasi
Definisi asas literasi adalah kebolehan untuk membaca,
menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung
“dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran serta komunikasi harian

Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua
murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi kecuali murid berkeperluan khas
selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

Numerasi
Definisi Numerasi adalah Kebolehan untuk melakukan operasi asas
matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.

operasi asas matematik digubal khusus bagi
menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran
asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.

MATLAMAT NUMERASI
Semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas numerasi
kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.

Strategi perlaksanaan di sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun:

1.Saringan 1 (Mac)
2.Saringan 2 (Jun)
3.Saringan 3 (September)

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1
untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada
 awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

No comments:

Post a Comment