Friday 16 March 2012




Maklumat umum KSSR.

- Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
- Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.
- Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
- KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
- Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul ) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.


Apa bezanya antara KBSR dengan KSSR ?
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui inisiatif setiap 5 tahun semakan, maka KSSR dihasilkan dari penambahbaikan KBSR. Inilah perbezaan antara kedua-duanya.

A. Asas Reka Bentuk Kurikulum

KBSR : Berasaskan 3 Bidang
i. Komunikasi
2. Manusia dan Alam Sekeliling
3. Perkembangan Diri Individu

KSSR : Berasaskan 6 Tunjang
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Perkembangan fizikal dan estetika
5. Sains dan Teknologi
6. Keterampilan Diri

B. Bahan Kurikulum

KBSR : Suktan Pelajaran
KSSR : Dokumen Standard Kurikulum


C. Jenis Reka Bentuk Kurikulum

KBSR : Linear
KSSR : Modular

D. Organisasi Kurikulum

KBSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

KSSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3) : Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6) : Mata Pelajaran Teras dan Elektif

E. Elemen
KBSR : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
KSSR : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Makluma & Komunikasi (TMK) secara eksplisit

F. Fokus
KBSR : 3 M ( Menulis, Membaca dan Mengira )
KSSR : 4 M ( Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul-
membuat         pertimbangan dan  penilaian dgn menggunakan akal atau logik )

1 comment: