PEMULIHAN BACAAN.
Saturday 17 March 2012
Friday 16 March 2012
LINUS @ NKRA
PENGENALAN LINUS.
Bidang Keberhasilan
Utama Nasional (NKRA)
telah menyasarkan bahawa
semua murid berkeupayaan
untuk menguasai aras
literasi dan numerasi kecuali
murid berkeperluan khas
selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah
sebelum berakhir tahun 2012
Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) diwujudkan
untuk menangani masalah
murid yang berkeupayaan
tetapi masih belum
menguasai literasi dan numerasi.
Prinsip-prinsip Pengajaran
1. Ansur maju
2. Didik hibur
3. Pengulangan kosa kata
4. Latihan dari mudah ke susah
5. Latihan interaktif
6. Belajar sambil bermain.
Literasi
Definisi asas literasi adalah kebolehan untuk membaca,
menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung
“dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran serta komunikasi harian
Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua
murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi kecuali murid berkeperluan khas
selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.
Numerasi
Definisi Numerasi adalah Kebolehan untuk melakukan operasi asas
matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.
operasi asas matematik digubal khusus bagi
menangani
masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran
asas
mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan
mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam
kehidupan
harian.
MATLAMAT NUMERASI
Semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas numerasi
kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.
Strategi perlaksanaan di sekolah
Program LINUS ini wajib
dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan
bagi setiap tahun:
1.Saringan 1 (Mac)
2.Saringan 2 (Jun)
3.Saringan 3 (September)
Semua
murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1
untuk
menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada
awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan
oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI,
BC-BI, BT-BI.
- Bermula tahun 2011, semua sekolah akan
menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).
- Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat
di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.
- Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan
permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan
zaman yang serba maju dan canggih kini.
- KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga
modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas
Elektif.
- Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan
tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul ) serta
kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Apa bezanya antara KBSR dengan KSSR ?
Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui inisiatif setiap 5 tahun semakan, maka KSSR dihasilkan dari
penambahbaikan KBSR. Inilah perbezaan antara kedua-duanya.
A. Asas Reka Bentuk Kurikulum
KBSR : Berasaskan 3 Bidang
i. Komunikasi
2. Manusia dan Alam Sekeliling
3. Perkembangan Diri Individu
KSSR : Berasaskan 6 Tunjang
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Perkembangan fizikal dan estetika
5. Sains dan Teknologi
6. Keterampilan Diri
B. Bahan Kurikulum
KBSR : Suktan Pelajaran
KSSR : Dokumen Standard Kurikulum
C. Jenis Reka Bentuk
Kurikulum
KBSR : Linear
KSSR : Modular
D. Organisasi Kurikulum
KBSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
KSSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3) : Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6) : Mata Pelajaran Teras dan Elektif
E. Elemen
KBSR : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
KSSR : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Makluma & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
F. Fokus
KBSR : 3 M ( Menulis, Membaca dan Mengira )
KSSR : 4 M ( Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul- membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal atau logik )
KBSR : Linear
KSSR : Modular
D. Organisasi Kurikulum
KBSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
KSSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3) : Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6) : Mata Pelajaran Teras dan Elektif
E. Elemen
KBSR : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
KSSR : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Makluma & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
F. Fokus
KBSR : 3 M ( Menulis, Membaca dan Mengira )
KSSR : 4 M ( Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul- membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal atau logik )
Subscribe to:
Posts (Atom)